Hari Raya yang bakal menjelang tiba ini tidak dinafikan sinonim dengan perancangan kita untuk pulang ke kampung halaman. Tidak mengira ke Utara, Selatan mahupun Pantai Timur, walaupun jauh, walaupun akan menempuh kesesakan lalu lintas, setiap tahun kita pasti gagah kan jua memandu untuk pulang ke kampung halaman.
Saban hari jumlah pengguna lebuh raya semakin meningkat maka semakin meningkat la risiko memandu di Lebuh Raya. Ini dapat disaksikan dengan keadaan lebuh raya yang sentiasa dinaik taraf dan ditambah lorong namun kenderaan tetap memenuhi jalan.
Hasil dari kajian dan pemerhatian pengendali konsesi sepanjang tempoh cuti perayaan lalu menunjukkan kecenderungan lalulintas terkini di lebuh raya. Pada musim perayaan Aidilfitri lalu, jumlah kenderaan yang menghala ke pantai timur adalah lebih banyak berbanding ke utara dan selatan tanah air.
Jika dibandingkan secara kasar, bagi perjalanan ke Utara sekitar 600 ribu dan perjalanan ke Selatan sekitar 450 ribu kenderaan. Namun jumlah yang jauh lebih besar jika dilihat kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (ECE) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) iaitu sebanyak 2.4 juta kenderaan yang menghala ke arah Timur. Peningkatan yang hampir 100 peratus jika di bandingkan dengan jumlah pengguna di hari biasa.
Kita sebagai pengguna Lebuh raya harus lah menjadi pemandu yang bertanggungjawab dan selalu memikirkan aspek keselamatan kita dan pengguna lain. Seperti yang selalu diingatkan juga, pandulah berhati-hati dan kurangkan risiko dengan rehat yang mencukupi dan kenderaan yang telah diselenggara dengan baik. Fakta kemampuan manusia menunjukkan bahawa manusia memerlukan rehat setiap 2 jam pemanduan.
WAHDAH.My mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan juga selamat menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi .Pastikan kenderaan anda tidak kira kenderaan sewa atau persendirian, sentiasa dalam keadaan selamat dipandu hingga ke destinasi.